Monday, January 25, 2010

Satu malam, sewaktu saya sedang mengerjakan solat sunat terawih, Nabilah datang memeluk saya. Sebabnya, dia terkejut dan takut mendengar bunyi mercun yang datang daripada jiran kami.

Kemudian, saya bisikkan di telinganya:

Mama: “Nabilah, dalam apa keadaan sekali pun, Mama tak boleh tolong Nabilah. Yang boleh tolong Nabilah hanyalah ALLAH”

Sejurus selepas itu, Nabilah terus pergi ke satu sudut katil sambil bersandar di dinding dan terus berzikir.

Dia berzikir dengan suara yang sederhana dan lama-kelamaan dia tertidur dalam keadaan tersebut.

Setelah saya habis menunaikan solat sunat terawih, saya tersenyum sendiri melihat keadaanya tidur. Sangat comel! tidur sambil berdiri!!

Kira-kira pada jam 3 pagi, sewaktu itu saya sedang tidur, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu suara berbisik di telinga saya,

“Ya Allah, Nabilah nak susu cow….Ya Allah, Nabilah nak susu cow”

*p.s: Susu cow adalah nama yang diberi oleh Nabilah untuk susu formula.

Mendengarkan bisikan itu, saya tahu ia datang daripada Nabilah. Dan dalam masa beberapa saat , saya terus bangun daripada tidur untuk menyediakan susu. Kebiasaannya, saya akan mengambil masa 2-3 minit untuk bangun.

Allah swt telah kejutkan saya, asbab mendengar doa tersebut.

Semoga anak-anak ku akan menjadi orang-orang yang meletakkan sepenuh pengharapan kepada Mu, ya Allah.

Aamin.



0 ulasan:

Post a Comment