Tuesday, May 24, 2011


Berikut adalah tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulkhatimah ( Pengakhiran yang baik).atau mati dalam kebaikan:-

1. Sempat mengucap 2 kalimah syahadah.

2. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah SAW : "Bahawa matinya seorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi," Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.


4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:-


  • Akan di ampuni serta merta dosanya, serta diperlihat tempat duduknya di syurga.
  • Aman dari ketakutan yang amat besar dan dahsyat.
  • Diselamatkan dari siksa kubur.
  • Diperhiasi dengan iman.
  • Dikahwini dengan ramai bidadari
  • Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.., Riwayat oleh Termizi, Ahmad dan ibnu Majah.


6. Mati kerana melahirkan anak.

7 Mati kerana penyakit Taun, Sabda Rasulullah SAW:"Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin"(hendaklah dia bersabar menanggungnya) Riwayat oleh Muslim

8. Mati akibat sakit perut, maka ia mati syahid, sabda Rasulullah SAW:"dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid" Riwayat oleh muslim.

9. Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.

10. Mati terbakar. diriwayatkan oleh Tabrani

12. Mati kerana sakit TB

13. Mati akibat luka perang di jalan Allah

14. Mati Akibat mempertahankan harta

15. Mati ketika mempertahankan diri.

16. Mati ketika bersiap sedia berperang di jalan Allah

17. Mati ketika menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan islam)

Berkata Abu laith,:" Barangsiapa ingin selamat dari siksa kubur, maka haruslah melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:-

  • Menjaga solat 5 waktu
  • Banyak bersedekah
  • banyak membaca Al-Quran
  • Banyak bertasbih memuji Allah
dan meninggalkan 4 perkara :-
  • Meninggalkan dusta
  • Meninngalkan sikap khianat
  • meninggalkan sikap mengadu- domba
  • menjaga kencing
Wallahu'a'lam...

3 ulasan:

  1. apa maksud menjaga kencing??

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...saya berharap semua muslimin muslimat di dunia ini meninggal dunia dalam keadaan yg beriman. Insyallah.

    *menjaga kencing bermaksud=sentiasa mencuci kemaluan selepas membuang air kecil(kencing)

    Mungkin bahasa itu kurang tepat digunakan, tetapi kebanyakan umat Islam mengetahuinya. Terima kasih.

    ReplyDelete