Monday, August 22, 2011

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan
tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar
bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran
terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis
interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk
memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda
tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yang
disyorkan ini pasti membuahkan hasil insyaAllah.


1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil
dapat mengenal wajah pada awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali
dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba
berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia
akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap
tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanakkanak
bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan
menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap
atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan
wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk
dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang
dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan
humor bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak
bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambargambar
tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah
satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya
dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam
pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan
beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau
"Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda
dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita
tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Ada kajian yang mencadangkan bahawa
mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian.
Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas
dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil
bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah,
bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar
sebab dan akibat.

Bersambung siri ke 2....

0 ulasan:

Post a Comment