Saturday, February 4, 2012

 8 Cara Bentang Kertas Kerja Yang Berkesan

 

Untuk menjadi pekerja yang berdaya saing, pastikan anda memiliki kemahiran pembentangan kertas kerja. Jika betul caranya, ia bukan sahaja boleh dipertingkatkan prestasi kerja bahkan boleh jadi tiket untuk mengambil hati ketua. Jika masih ragu-ragu, apa kata kemahiran itu diasah dari sekarang.

 

1. Pembukaan Menarik Perhatian

 Beberapa saat pertama adalah amat penting dalam pembentangan. Mulakannya dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit mengenai idea yang akan dibentangkan. Pastikan kata kata pembukaan yang dibiat cukup kreatif sehingga menerbitkan rasa ingin tahu pada semua hadirin.

 

2. Yakin dan Penuh Karisma

 Senyuman merupakan kunci kepada pembentangan kerana mampu memperlihatkan keyakinan dan karisma. Untuk memberikan keyakinan kepada syarikat, pastikan diri anda benar benar faham dan tahu apa yang di bentangkan. Lontarkan setiap patah ayat dengan penuh semangat dan nescaya audiens juga akan percaya.

 

3. Penampilan Bersesuaian

 Adalah perlu untuk mengenakan pakaian yang sesuai ketika sesi pembentangan. Pakaian yang kemas akan menyerlahkan  kredibiliti sesiapa sahaja.

 

4. Terang,Jelas dan Fasih

 Anda tidak memerlukan suara yang merdu untuk menarik perhatian audiens. Apa yang penting adalah suara dan butir bicara yang jelas.

 

5. Rangka Informasi

 Untuk membuat pembentangan anda haruslah memiliki pengentahuan luas akan topik yang dibincangkan.

 

6. Bijak Gunakan Peralatan

 Sebelum pembentangan dilakukan pastikan dahulu jenis peralatan yang perlu digunakan.

 

7. Jaga Hubungan Mata Dan Bahasa Tubuh

 Dengan penuh yakin, lihatlah mata setiap audiens secara rawak. Cara tersebut mampu memperlihatkan keyakinan anda ketika melakukan pembentangan.

 

8. Penutup Berkesan

 Meskipun dengan sekadar ayat penutupan, ia tetap juga penting. Lontarkan dengan penuh semangat sepertimana anda mulakannya. Ulangi kembali isi penting pembentanagan agar audiens dapat menyegar kembali ingatan mereka akan pembentangan yang anda berikan.

 

0 ulasan:

Post a Comment