Adakah anda sedar bahawa makanan yang dimakan setiap hari tidak boleh di ambil sembarangan?..kerana itu adalah penyebab kepada penyakit. Ia bermula dari keracunan makanan sehinggalah kepada tahap yang lebih serius. Sebaiknya anda mengikut contoh
amalan diet yang di amalkan oleh junjungan besar nabi kita rasullullah S.A.W , kerana sebagaimana yang kita maklum, baginda merupakan insan terpuji dan contoh kepada umat islam ,malah diriwayatkan juga bahawa sepanjang hayatnya tidak pernah mengalami sakit perut, kerana pandai menjaga pemakanan setiap hari. Berikut adalah
amalan diet yang di amalkan oleh
Rasulullah :-
- Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu.kemudian disusuli dengan makan nasi.
- Tidur 1 jam setelah makan tengahari.
- Jangan abaikan makan malam, kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan "dimakan" usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
- Dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. ianya akan memberikesan dalam jangka masa yang lama.
Selain itu Al-Quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti melakukan
amalan berikut:-
- Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak.
- Rasulullah mengamalkan minum air putih setiap pagi. Mujarabnya, insyallah dijauhkan daripada penyakit.
- Waktu solat subuh, disunatkan sekurang-kurangnya bertafakur (sujud sekurang-kurannya seminit setelah membaca doa)- kesannya ialah untuk mengelakkan dari mengalami sakit kepala atau migrain.
Wallahu a'lam...
0 ulasan:
Post a Comment