Friday, June 15, 2012

Membeli belah adalah menjadi satu kemestian bagi kaum wanita dan lelaki, samaada membeli belah secara offline atau online ,baiklah sebelum keluar membeli belah disini saya senaraikan tips atau panduan membeli belah:-

Persoalan Penting sebelum Membeli Belah

1. Mengapa?- Asas untuk membuat keputusan membeli.

2. Apa? - Barang atau perkhidmatan.

3. Jenis Barang - Jenama apa dan siapa pembuat

4. Bila?- Dihujung minggu, hujung bulan, jualan tawaran sekarang.

5. Dimana? - pasaraya,gedung membeli belah, kedai khusus

6. Bagaimana? - Tunai,pinjaman,hutang,bayaran bulanan

7. Berapa Banyak? - kuantiti, bilangan, harga



Perlu Di ingat!

- Kita perlu menyemak serta meneliti kualiti barangan.

- Kita jangan tertarik dengan barangan dan tawaran harga yang rendah

- Kita seharusnya menyoal, "Mengapakah harga yang ditawarkan begitu rendah dan menarik"?

- Kita sepatutnya membeli barangan yang mempunyai kualiti yang baik dan harganya yang berpatutan



Panduan Membeli Belah

- tentukan keutamaan dalam pelan perbelanjaan anda

- Bagi barang tahan lama, buat penelitian mengenai kualiti, harga dan kegunaan.

- Bagi barangan makanan, beli pada musimnya kerana ia segar dan berkhasiat.

- Beli barangan yang mempunyai tanda harga.

- Jangan terkeliru dengan teknik pembungkusan atau katalog barangan yang cantik atau baik,tidak bermakna barangan yang diiklankan mesti baik.

Demikianlah tadi .Panduan Membeli Belah yang saya kongsikan.

0 ulasan:

Post a Comment