Pada pagi sabtu semalam, Penulis bersama family sempat melawat Zoo Negara. Sebenarnya lawatan ni adalah nak bawak adik penulis serta family melihat kejadian Allah S.W.T berupa binatang-binatang yang bermacam ragam. Setelah sampai di kaunter tiket untuk masuk ke zoo tersebut, terperanjat penulis bila membaca notis baru(notis bulan okt09) yang menyatakan senarai harga baru tiket masuk ke zoo :-
Dewasa : Rm 20.00
Kanak-kanak: 3 - 12 tahun Rm 6.00
** Update : Harga tiket terkini Zoo Negara 2012 seperti dibawah :
(klik untuk besarkan)
Fuhhh...melayang duit penulis hampir Rm 100 jugak...kenapa mahal sangat harganya?? kalau masuk kat dalam tu semua benda free tak pe..tapi hampess...naik keretapi pun kena bayar..dulu seingat penulis, naik keretapi dalam zoo tak kena bayar! huis...entahla...jom layan foto yang sempat penulis snap.
xde ape pn kt dalam zoo....... bunyi je zoo negara. gah pade nama... dlm kosong
ReplyDeleteTerfikir juga nak ajak huby nd kuage p zoo cuti ni,tapi xtaulh,mahalnye, tggu blik dr sabah dulu kot, adoyaii
ReplyDeleteJom p taman bukit cahaya /cerakah kt shah alam. Lg berbaloi hanya dgn rm3 seorang boleh mlihat keindahan taman dan ada taman haiwan.sawah dsbnya. Berbaloi dari zoo·
ReplyDeletemahalnye...
ReplyDeletezoo melaka yg lg terbaik pn xde semahal ni
zoo negara gah pd nama je
ingt nk g bw ank,mcm xde mood je bl tgh harga tket
Mahalnye harga tiket zoo ni...mcm dah xde semangat je nk bwak ank n adik2 g sane..knp xblh kurgkn hrga?
ReplyDeletedah lah mahal..nak tgk ikan pn x buka...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTahun 2010, saya berpeluang ke Zoo Negara ini setelah sekian lama tidak ke sana setelah 30 tahun. Rindu sesangat pada tempat ini kerana suatu ketika dulu inilah tempat yang menjadi daya tarikan para pengunjung. Boleh di katakan ke semua jalan telah pun berubah. Kelibat bas pun susah hendak nampak. Yang kekal adalah pintu masuk ke Zoo tersebut dan tempat Zirafat, ada juga 2-3 kawasan yang menempatkan haiwan-haiwan seperti spisis monyet, beruang, singa dan harimau masih tidak berubah walaupun setelah 30 tahun.
Berharap sangat pihak Zoo dapat mempamerkan lagi haiwan-haiwan yang jarang ditemui dan jarang sekali kita ini akan menambahkan lagi daya tarikan pelancong. Walau bagaimanapun saya tetap tabik pada pihak-pihka yang berkenaan kerana masih lagi mempertahankan keadaan dan lokasi Zoo ini. Syabas saya ucapkan. Dan berharap juga harga tiket itu perlulah berpatutan dengan apa yang ada. Kemudahan juga amat diperlukan bagi warga emas yang ingin melihat kawasan-kawasan sekitarnya tidaklah merek apenat untuk berjalan kaki hingga ke dalam tanpa ada kemudahan. Kemudahan yang ada seperti kereta api mini itu pun mungkin dikenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api tersebut, jadi saranan saya, pihak tertentu perlu menitik beratkan harga yang dikenakan iaitu adakah ianya berbaloi atau pun tidak?.
haiwan dala tu smua da pencen..hahahaha
ReplyDeleteHahaha..Blh pulak mcm tu?
DeleteUntuk makluman semua, Zoo Negara merupakan satu badan NGO yang bukan milik kerajaan. Oleh kerana itu mereka boleh melakukan atau menaikkan harga tiket sesuka hati dan pentadbiran di Zoo Negara penuh dengan korupsi. Kesian kepada pekerja-pekerja Zoo yang tahap gaji mereka tidak setaraf dengan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi masa kini. Mereka tiada pilihan kerana kebanyakan penjaga-penjaga haiwan di Zoo Negara memang tiada latarbelakang dari segi pelajaran. Kalau tak caya cuba sesiapa yang kenal dengan SPRM panggil siasat. Ini bukan satu tuduhan yang tanpa usul periksa. Saya sendiri pernah terlibat dalam perniagaan di dalam Zoo Negara akan tetapi apabila permintaan 'habuan' untuk pihak atasan di dlm Zoo Negara tidak dapat dipenuhi oleh saya maka kontrak saya dibatalkan. Tak apalah, dah nama pun tempat Haiwan, jadi perangai yang kat dalam tu pun sedikit sebanyak adalah macam haiwan jugak.
ReplyDeleteDalam arti kata yang lain, Zoo Negara tidak akan maju sampai bila-bila kecuali REFORM!
Amboiii , mahalnye harga org dewasa
ReplyDeleteBulan depan nak gi dah :) Rindu nk gi sana :D
banyak pendapat atau komen yang kebanyakannya pada negatif...saya sebagai seorang pelancong dari negara jiran (Brunei) akan membuat lawatan bersama-sama dengan keluarga saya ke Malaysia sekitar bulan 12 ini.Salah satu destinasi yang saya dan keluarga akan kunjungi ialah Taman Zoo Negara, setelah saya membaca beberapa komen mengenai dengan keadaan Taman Zoo ini membuat hati saya tertanya-tanya betul kah?? terus terang saya katakan saya dan keluarga belum pernah melawat atau mengunjungi ke taman tersebut..kalau betul komen yang diberikan negatif...tak bebaloi saya dan keluarga kesana dan merugikan perbelanjaan.. tolong mana-mana pihak yang berkenaan sila beri penjelasan agar saya dan keluarga berpuas hati.
ReplyDeletesemalam terasa nak g Zoo Negara so bawa le family pg Ahad yg suram cam nak ujan.Disebabkan dah janji ngan anak2, kubawa juga. Sampai disana boleh dikatakan ramai di kaunter. Semak dulu harga masuk, punyale ako terperanjat mak ai,mahalnye.Kalau dewasa dah Rm30 ampun lagi,inikan budak sekolah menengah 13 hingga 17 thn pun dikira sama.Cekik darah betul.Yg kecil 3 hingga 12 thn diberi rm6.Ikutkan hati suami ako x nak msk tapi kenangkan si kecil dah meronta2 nak masuk,ikutkan je kesian pulak.Kalau dlm kandang tu ada haiwannye x kisahlee..ini x ada. Ini mungkin yg terakhir lawatan ke Zoo Negara.
ReplyDeleteSaya pergi zoo negara baru2 ni, 10.02.13, dewasa 3 org kanak2 seorang RM 96, tergezut dgn harga tiket yg mahal giler...round2 complete satu zoo (yelah, sbb tiket mahal kne round sume bru berbaloi) beli air mineral jer coz makan minum sumenyer mahal. Air mineral pun 2.50 satu...xpelah, niat nak bwk ank2 hepi2 je pun kat situ, first time pegi ponnn...omaaakk aaiii...
ReplyDeleteaku pon baru pergi memang mahal dan tak berbaloi dengan apa yang kita bayar,banyak binatang tiada,banyak renovation,banyak tutup.kandang kosong,tapi nak cas sampai 30 ringgit,apa kebodohnya pengurusan n kerajaan,tidak peka pada keadaan masyarak umumnya,tahun lepas aku gi zoo chonburi thailand,murah x sampai 10 ringgit seorang,binatang memang banyak,cantik,tersusun dan terjaga,,puas,,negara sendiri dah la mahal,,binatang tah apa ntah,,aku sumpah x akan pergi lagi zoo negara klu mahal mcm bodoh ni
ReplyDeleteSyg baru je niat nk pg zoo negara dngar mcm ni... Mcm x nk plak.... Mcm mnbazir jee byar mahall tpi x ada ape y istiwa ni..
ReplyDeleteMmg mahal pon...x berbaloi...baek duit tiket tu bli beras...,3 bulan punya stock
ReplyDeleteskrg lagi la mahal,rm44 dewasa,rm16 kanak2..ni semua panda najib punya pasal..sumpah aku xkan pergi lagi dah..melayang rm180 duit aku..untuk 3 dewasa,3 kanak2..
ReplyDeleteThank You and that i have a tremendous offer: How Many Home Renovation Shows Are There residential renovation contractors near me
ReplyDelete