Sunday, December 2, 2012

Menjadi pekerja cemerlang bukanlah satu angan-angan. Anda boleh meraihnya dengan sikap dan strategi yang tepat. Mahu tahu caranya, bolehlah terus membaca tips pekerja cemerlang yang saya bagikan dibawah:-


Tips Pekerja Cemerlang

1. Lakukan yang terbaik!

Penilaian keatas anda boleh berlaku pada bila-bila masa . Jangan sangka kesibukan majikan dan rakan sekerja dipejabat, membuatkan mereka leka dan lupa dengan kehadiran anda. Pekerja cemerlang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Jangan tunjukkan sikap protes atau memberontak sekiranya timbulnya masaalah dalam kerja anda. Apa jua anda lakukan, anda sentiasa menjadi perhatian.

2. Jangan berhenti mencari peluang.

Peluang ada dimana-mana. Pekerja cemerlang akan gunakan kreativiti untuk mencari peluang, supaya terus maju dan berkembang pesat. Buka mata,buka telinga dan tanamkan wawasan dalam diri untuk membuka lembaran baru dalam kerjaya. Rajin-rajinlah membelek buku motivasi atau sekurang-kurangnya membuka internet dan mencari tip untuk maju dalam kerjaya.

3. Segera bertindak!

Nasib anda bergantung kepada diri sendiri . Pekerja cemerlang tidak buang masa dengan hanya menunggu bulan jatuh keriba.

4. Ubah cara berfikir

Berfikirlah secara positif. Sikap positif adalah motivasi untuk anda terus berusaha mencapai kejayaan.

5.Berani terima kegagalan

Kegagalan adalah kunci kejayaan. Perbezaan diantara orang yang berjaya dan yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Belajar dari kesilapan lalu dan cuba untuk tidak mengulanginya kembali.

6.Tunjukkan kemampuan

Masing-masing mempunyai kemampuan sendiri. Buktikan kepada majikan dan teman sekerja yang anda mampu memberikan yang terbaik. Sesekali, tunjukkan kreativiti dan idea untuk menjadikan hasil kerja lebih hebat. Biasanya orang profesional suka melihat kreativiti pekerja kerana mereka dapat lihat keyakinan yang ada pada anda.

7. Mempunyai hubungan yang baik

Setiap majikan sentiasa memastikan dia mempunyai hubungan baik dengan pelangggan, sama ada didalam atau diluar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan profesional.

8.Pilih pekerjaan yang betul

Pastikan bidang pekerjaan anda sesuai dengan pendidikan, kerana prestasi kerja anda akan berkurangan disebabkan tidak mampu menyampaikan kerja dengan baik.

9.Bersikap baik dengan semua orang

Anggaplah setiap orang adalah penting bagi anda.

10.Kerja lebih masa

Tepatilah waktu masuk kerja tetapi tidak semestinya perlu tepati waktu pulang. Kerja lebih masa bukanlah menjadi suatu kerugian bagi Pekerja cemerlang.

Demikian lah 10  tips pekerja cemerlang yang dapat saya kongsikan disini.



1 ulasan:

  1. great...'Berani terima kegagalan' not all people out there can handle it's..include me....

    ReplyDelete