Tuesday, February 28, 2012

AKHLAK RASULULLAH SAW ( SENYUM)

 

Bagaimana ekspresi Rasulullah SAW setiap masa?

 

Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabat- sahabatnya . Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman. Begitulah kehidupan Nabi SAW .

 

- Ceriakan Dunia nescaya ia akan turut ceriakanmu..

- Ianya adalah merupakan satu ikutan, bukan sekadar sebuah perumpamaan..

 

Di riwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika tersenyum , akan bersinarlah keseluruhan dinding..bermaksud bahawa cahaya daripada wajah baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersinar keseluruh dinding dinding yang mengelilingi baginda SAW.

Manakala ada juga yang menggambarkan junjungan besar nabi kita itu jika gembira, seolah-olah matahari dan bulan beredar disekeliling dahi baginda SAW. Inilah sebuah gambaran yang indah kepada matahari dan bulan yang menunjukkan kepada cahaya baginda yang bersinar,menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda nabi SAW.

 

Perkara yang indah tentang kehidupan baginda SAW adalah baginda sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu..baginda SAW akan sentiasa tersenyum sehinggakan ada para sahabat berkata kepada Jarir RA: "Semenjak aku memeluk islam, Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku" ."Dan Baginda tak pernah melihatku melainkan baginda sedang tersenyum" ini adalah fenomena yang luar biasa.Bagaimana seorang insan yang anda kenali dan bergaul denganya bertahun-tahun lamanya dan tak mungkin baginda melihat anda atau ketika anda berjumpanya,wajahnya sentiasa mengukir senyuman.

 

Kelebihan senyuman:

- senyuman memberi kelebihan kepada badan dan minda.

- ia mengurangkan risiko tekanan darah tinggi..dan pelbagai masaalah jantung

- Ia membawa kepada anda suatu perubahan.

-SENYUMAN MEMBAWA SUATU PERUBAHAN KEPADA ANDA.

-SENYUMAN MENAMBAH KEYAKINAN DIRI

-SENYUMAN MEMUPUK KREATIVITI

 

Sekarang cuba bayangkan jika anda terserempak dengan seseorang yang sedang keluar dari rumahnya dan dia bermasam muka kepada anda.kemudian anda ke pejabat dan terserempak dengan seorang pegawai sedang bermasam muka. ketika berjalan anda terjumpa seseorang yang bermasam muka. Apakah agaknya insan tersebut sedang rasakan?.. Sudah tentu dia merasakan sesuatu yang sempit. dia juga merasakan bahawa kehidupannya gelap gelita. tetapi bayangkan jika seseorang insan daripada

bangkitnya dia daripada tidur lalu mendapati pasangannya tersenyum. dipagar pula pengawal itu tersenyum.di jalanan pula didapati manusia saling bersalam-salaman..sesama mereka dan saling berbalas senyuman. Begitu juga jika dia tiba di tempat kerjanya dengan senyuman. Sudah tentu ini akan menyebarkan keceriaan.

Antara perkara penting mungkin manusia terlupa tentangnya..senyuman bukanlah suatu adat, tetapi ia merupakan ibadah. Nabi SAW bersabda :" Senyuman pada wajah saudaramu merupakan sedekah."

 

Antara tempat yang Rasulullah SAW pernah tertawa..dan baginda sentiasa tersenyum pada kebanyakan waktunya, diriwayatkan pernah seorang sahabat, Abu Dardaa RA setiap kali beliau bangun untuk berkata-kata di khalayak manusia, beliau tersenyum. Sesetengah penonton berkata: "Wahai Abu Dardaa...manusia akan perbodohkan kamu.yakni manusia akan berkata orang ini bodoh kerana untuk apa tersenyum setiap masa?..ini kerana sesetengah manusia berpendapat sedemikian, seseorang insan jika

dia sentiasa tersenyum bererti ada..yang tak kena atau ada kekurangan pada maruah dan nilai dirinya.Begitulah bagaimana sesetengah manusia berfikir..bahawa senyuman mengurangkan nilai seseorang insan, manakala kekersan dan kemarahan menunjukkan ketinggian kedudukan dan maruah seseorang. Mereka berkata : "manusia akan mempermainkanmu wahai Abu Dardaa" kemudian beliau berkata:" sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW , dan baginda takkan berkata-kata melainkan dengan tersenyum." Hadis ini membawakan kepada kita dua manfaat yang sangat besar:-

 

- senyuman tak mengurangkan nilai insan..bahkan senyuman menambah nilai seseorang insan.

 

- Abu dardaa merupakan contoh pengikut yang baik.. dan para sahabat merupakan

 

pengikut setia Nabi SAW...walaupun pada senyumannya.

 

Sesetengah manusia berkata: senyuman hanyalah perkara biasa.. Tidak!! ini kerana walaupun pada senyuman nabi SAW semua para sahabat mencontohinya.. dan mereka sentiasa tersenyum bila berkata-kata..kerana mereka lihat nabi SAW melakukanya.

 

Nabi SAW menjalani kehidupan dengan senyuman..kepada para sahabat, para wanita, yang tua dan yang muda. Pada hari kewafatan baginda, ketika kesakitan menjengah baginda SAW,iaitu kesakitan baginda ibarat kesakitan yang ditanggung oleh dua orang pemuda. Bererti ia amat berat buat Nabi SAW, ketika baginda berperang dengan kesakitan tersebut...bayangkan pada hari kewafatan baginda, iaitu hari isnin yang merupakan hari terakhir kehidupan Rasulullah SAW..ketika solat subuh. Para sahabat ketika itu berada didalam masjid, Abu Bakar Ass siddiq bersolat bersama-sama mereka.. Ketika baginda Rasulullah menyelak tabir biliknya dan melihat..kepada umatnya lalu baginda tersenyum. Senyuman ini adalah luar biasa dan dinamakan senyuman perpisahan.Baginda melihat dan mendapati para sahabatnya berjemaah..menunaikan solat subuh maka baginda menjadi senang hati..lalu baginda melemparkan senyuman.. Para sahabat yang menyaksikan senyuman itu berkata:..Kami hampir nak berhenti daripada solat. bermaksud mereka terlalu merindui nabi SAW..dan juga senyuman baginda SAW.Itulah perkara terakhir tanda perpisahan Nabi SAW. dan para sahabat RA itu dengan senyuman tersebut. Allah berfirman:Katakanlah Jika kamu benar-benar cintai Allah ..ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu..(Ali Imran:31)....

0 ulasan:

Post a Comment