Thursday, December 8, 2011

5 cara tenangkan si kecil

Situsi diatas acap kali berlaku dalam episod kehidupan setiap insan. Pahit manis kehidupan silih berganti. Namun bagi si kecil dunia ini indah belaka. Maka mereka tidak akan mengerti akan erti sebuah kepahitan mahupun kesedihan seorang ibu bapa. Khabar pahit tidah harus dirahsiakan daripada si kecil. Namun perlu ada cara tertentu agar si kecil tidak merasa tertekan dan tidak selamat. Oleh itu 5 tips dibawah ini mungkin dapat membantu.

- Tunggu sehingga umur mereka 7 tahun
Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan,pemikiran mereka lebih terdedah dan persoalan demi persoalan akan mula ,menerjah pemikiran mereka kala itu., jesteru mereka akan mula bertanya kepada anda tentang pelbagai perkara. Dan saat itu, minda mereka sudah boleh menerima maklumat yang logik. Dan anda boleh menceritakan tentang peristiwa hitam yang melanda keluarga.

- Aju pertanyaan
Usah sesekali menggangap bahawa anda memahami situasi si kecil. Bertanyalah tentang perasaannya. Mungkin kecil merasa takut, atau mungkin mereka hanya ingin mengentahui perkara yang sebenar. Ini kerana dalam usia yang sebegini, sikecil mungkin tudak pandai menerangkan perasaan sebenar mereka melainkan apabila ditanya.

- Berikan jaminan
Kehilangan orang yang penting , pastinya sukar buat seseorang individu yang matang. Namun usah sesekali memandang rendah kepada si kecil dan menggangap mereka tidak mampu merasa kesedihan yang sama. Tekanan yang dialami oleh si kecil pestinya lebih. Oleh itu, saat menerangkan kebenaran kepada si kecil. Berikan jaminan kepada mereka bahawa mereka tidak akan keseorangan di dunia ini dan anda akan sentiasa berada di sisinya.

-Berikan ruang pada si kecil
Sikecil pastinya tertekan apabila menerima berita yang menyedihkan . Oleh itu, usah memaksa si kecil untuk menerima hakikat tersebut sepertimana anda menerimanya. Berikan ruang pada mereka untuk bersendirian, dan lama kelamaan mereka akan memahaminya dan dapat menerimanya.

- Gunakannya sebaagai salah satu didikan
Apabila kita kehilangan seseorang yang disayangi, ia bukanlah suatu yang perlu ditangisi sepanjang masa. Mungkin melalui pengalaman ini,anda boleh mendidik si kecil tentang pentingnya kasih sayang serta menghargai merek yang di akasihi ketika masih hidup.

2 ulasan: