Friday, August 26, 2011

 Berikut adalah cara-cara merangsang anak jadi bijak(sambungan siri 2)...

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua
salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan
ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa.
Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya
menghadap ke bawah (menelangkupkannya).



38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan
datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran
berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun
kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di
dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan
ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humor dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau
sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya
membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda
memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah
penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori
anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap
dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga
boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater
boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan
makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan
kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan
kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti
sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari
ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang
telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk universiti nanti...Sekian semoga bermanfaat..

1 ulasan: