Tuesday, September 27, 2011

Halau nyamuk dari terkena gigitan nyamuk
biasanya ubat minyak gamat disapu untuk menyembuh luka.berbeza petua ini anda boleh mencuba minyak ini dengan menyapu di kaki atau di tangan bagi mengelakkan gigitan nyamuk.selamat mencuba


atasi anak demam panas
ambil kudup bunga raya merah..7@9kudup...rendam dan ramas.kemudian sapu d seluruh tubuh anak.boleh juga untuk sakit kepala..selamat mencuba


Atasi sakit gusi
jika anda kerap mengalami sakit gusi, ambil sebiji telur masih mentah lalu di rebus menjadi telur separuh masak. kalau boleh campurkan dengan sesudu garamsebelum di makan.masak seperti telur separuh masak. InsyaAllah dengan sekali cuba dapat menghindari sakit gusi

Memperbanyak air susu ibu
ambik pucuk daun betik dan makan seperti makan ulaman...insyaallah air susu banyak.dan banyak minum air masak...

Menghilangkankesan gigitan nyamuk
tindakan segera iaitu dengan menyapu air liur dari lelangit ibu menggunakan hujung jari telunjuk..cubalah, insyaallah hasilnya menakjubkan anda..


Hilangkan Juandis Pada Bayi Baru Lahir
Ambilkan anggur hitam yg tiada biji, perah untuk dapatkan airnya. Berikan air anggur tadi pada bayi yang kena juandis.Insyallah juandis akan hilang apabila bayi tersebut membuang air selepas minum air anggur tadi.Amalkan 2 kali sehari sehingga juandis hilang.


Untuk Melebatkan Rambut
Ambil beberapa helai daun jambu dan lendir daun lidah buaya,selepas itu tumbuk daun jambu hingga separuh lumat dan gaulkan bersama lendir daun lidah buaya hingga sebati,selepas itu bolehlah di sapu pada rambut....insyaallah..ianya akan berhasil..SELAMAT MENCUBA.


Mengurangkan ulser (mata ikan) didalam mulut
sapukan majerin / butter di kawasan atau diatas ulser tersebut. InsyaAllah dalam masa sehari dua ulser tersebut akan berkurangan.


Menaikkan nilai HB yang kurang dari 11 untuk ibu ibu megandung.
amalkan setiap pagi minum madu bersama air limau / lemon...insyaalah selepas pemeriksaan nilai HB anda akan naik...boleh juga amal makan kurma...


Memudahkan Buang air besar lepas bersalin
Para ibu takut untuk membuang air besar selepas melahirkan bayi, ini kerana takut terjadi buasir dan mengelak dari sakit akibat luka jahitan yang banyak... Caranya ambil sedikit biji manjakani ,4 atau 5 biji... rebus bersama air ke dalam kuali sehingga mendidih.. biarkan sejuk... minum air rebusan tersebut setelah suam.. Dengan izin Allah kita mudah untuk membuang air besar... air tersebut juga boleh digunakan untuk melegakan cepat luka bersalin dengan membasuh pada luka tersebut


Khasiat MADU Hindar Anak dari Penyakit demam, batuk dll
Amalkan memberi anak anda minum air madu sekurang2nya 2 hari sekali. Insyaallah anda akan dapati kesan yang positif.

LEBATKAN KENING
UNTUK MELEBAT KAN KENING,TAK KIRA MUDA DAN TUA...AMALKAN SELALU,TIAP2 MALAM..BAKAR BUAH KERAS SAMPAI KEHITAMAN...AMBIL PUTIK KAPAS,AMBIL BAHAGIAN DALAM DAN SAPU DIKENING..INSYA ALLAH....


BAYI MUDAH TIDUR
Untuk memudahkan bayi tidur malam, bacakan bayi kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran atau menyanyikan zikir, Asmaul Husna dan sebagainya yang berkaitan dengan Allah. Insyaallah bayi mudah tidur. Petua ini juga amat digalakkan ketika ibu sedang hamil kerana bayi kita boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi.


Mengurangkan Batuk
Ambik beberapa helai daun pegaga, tumbuk dan ambil airnya. Air perahan daun pegaga dicampur dengan sedikit air suam dan madu. InsyaAllah batuk akan berkurangan..


Mengubati Demam Denggi
Masak beras pulut hitam, kemudian ambil air rebusan tersebut untuk di minum. Selamat mencuba.


Memperbanyakkan susu ibu
Bagi ibu yg kekurangan susu selepas bersalin, ambil daun mengkudu kemudian panaskan diatas kuali sekejap, kemudian letakkan didada lakukan selama seminggu insyallah akan berhasil. Selamat mencuba.


MELEGAKAN BATUK
ambil limau nipis belah sapukan garam halus pada limau nipis tadi perah terus kedalam mulut anda akan dapat merasakan perubahannya serta merta. selamat mencuba

MENGEMPISKAN PERUT
PERAH LIMAU NIPIS DAN AMBIL JUSNYA SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN AMALKAN MINUM SETIAP PAGI INSYAALLAH ANDA AKAN MERASAI KESANNYA DALAM MASA SEMINGGU PERUT ANDA AKAN MENGEMPIS


menghilangkan ruam lampin
sapukan saja minyak baby oil pada permukaan kulit bayi.. tidak perlu gunakan bedak, ruam, losyen, tpg ubi dan sebagainya... lebih mudah dan sangat berkesan.. cubalah..


Menghilangkan ruam panas
simpan air basuhan beras yg ke 2 dan ke 3. Gunakan sewaktu membilas badan sewaktu mandi..amalkan setiap hari.. Insyaallah ruam panas akan beransur hilang...


melegakan perut kembung bayiambil beberapa helai daun sirih kemudian layarkan atas api. kemudian biarkan daun sirim rasa suam dan barut pada perut bayi.


MELEBATKAN KENING AGAR TAMPAK CANTIK DAN HITAM
kening memainkan peranan penting untuk tampil cantik dan menyerikan lagi muka .oleh iti,ambil beberapa kuntum bunga raya kemudian sapukan pada kening disertakan selawat insyaAllah dalam 2minggu akan tampak hasilnya.selamat mencuba..


Kempiskan perut dengan limau dan kapur.
Saya ingin berkongsi petua mengempiskan perut selepas bersalin hanya dengan mengunakan limau dan kapur. Caranya perah sebelah limau nipis dan sesudu kapur makan.. tepekkan ke perut macam bedak sejuk, dan terus pakai bengkung.. dalam masa 2 minggu perut akan kempis dan padat


Bila Anak-anak Kerap Selsema
Cuba amalkan mengambil sebiji bawang besar dan dihiris-hiris. Letakkan di dalam piring kemudian letakkan di ruang tamu atau berdekatan tempat anak-anak bermain. Tukarkan setiap hari bawang tersebut. Anda akan mendapati mereka baik dari selsama tanpa makan ubat-ubatan. Amalkan selalu bagi menghindari selsema terutama untuk seisi keluarga.


Petua Gigi Bayi Tumbuh Cantik Dan Tersusun
Untuk memastikan gigi bayi tumbuh cantik dan tersusun rapi, elakkan dari menyikat rambut bayi semasa bayi belum tumbuh gigi. Hanya sapukan sedikit minyak rambut dan ratakan mengunakan telapak tangan saja. Iinsyaallah gigi bayi akan tumbuh rata.


Luka Bersalin cepat sembuh
Untuk mempercepatkan luka bersalin cepat sembuh ialah berendam dengan garam lebih kurang 1 cawan yang dicampur dengan air suam setiap pagi, InsyaAllah luka akan cepat sembuh.


Kurangkan bengkak susu lepas bersalin
Simpan kelopak kobis dalam peti sejuk. Kemudian letak di atas breast yg bengkak. Susu akan keluar dengan sendirinya.


PETUA BAGI IBUBAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KURANG MENDENGAR KATA
BAGI IBU BAPA YG MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG KURANG MENDENGAR KATA ATAU SUKA MEMBERONTAK INI LAH PETUANYA... CELUP JARI TELUNJUK DI DALAM MADU. KEMUDIAN JARI YG DICELUP DIDLM MADU DICELUP PULAK DI DALAM SEGELAS AIR DAN KACAU DGN JARI TERSEBUT... DGN BACAAN SELAWAT DAN NIAT SUPAYA ANAK KITA TU MENDENGAR APA YG KITA KATA... SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL... P/S NIAT KITA BIARLAH IKHLAS HANYA KERANA ALLAH... SATU IKHTIAR UTK IBU BAPA YANG ADA ANAK BERMASALAH


KELUAR MALAM BAWA ANAK KECIL
SEPERTI YANG KITA TAHU KELUAR PADA WAKTU MLM DGN MEMBAWA ANAK KECIL AGAK BAHAYA DGN GANGGUAN BENDA HALUS.. PETUA YANG SAYA AMALKAN NI SAYA HENDAK KONGSI BERSAMA KWN2.. INI ADALAH PETUA SEORANG NENEK PADA SAYA.. DILAKUKAN OLEH IBU SENDIRI, SEBELUM KELUAR AMBILKAN IBU JARI KANAN MASUK KE DALAM MULUT MULUT IBU LETAK PADA LELANGIT ATAS, PADA MASA YANG SAMA KITA SELAWAT KE ATAS NABI SEBANYAK 3X KEMUDIAN SAPU PADA DAHI ANAK KITA.. INSYAALLAH TIADA GANGGUAN PADA ANAK KITA..


Mengurangkan demam panas
Ambil asam jawa dan gaulkan dalam air, kemudian sapukan dirambut kanak-kanak itu sehingga basah atau ambil sapu tangan kemudian basahkan dengan air asam jawa tersebut dan letakkan saputangan basah itu di atas kepala dan kedua belah ketiak. Insyallah, demam akan berkurangan.

MENGURANGKAN DEMAM DENGGI

Ambil beberapa ekor ketam dan rebuskan bersama-sama bawang putih, air dan halia sehingga kuahnya agak pekat. Makan isi ketam tersebut dan banyakkan menghirup air rebusan ketam tersebut, amalkan untuk beberapa hari sehingga pulih sepenuhnya. Selain itu, banyakan minum air barli sekurang-kurangnya 5 gelas sehari.Malah membantu menurunkan suhu badan.


Penawar jaundis
Ambil sebiji anggur hijau, cuci, lenyekkan dan ambil airnya. Titiskan ke dalam mulut baby setiap pagi. Dua kali sehari. Insyaallah berkesan.


Luka bersalin cepat sembuh
Mayang dua biji bawang merah, goreng dengan minyak masak yang belum digunakan dan sapukan minyak tersebut diluka jahitan. InsyaAllah luka akan cepat sembuh.


Sakit Mata
Titiskan susu ibu ke mata yang berkenaan. Elok juga jika di titis ke dua dua belah mata. Mujarab juga bagi orang dewasa.

Pedih mata

kanak kanak suka bermain samada dengan syampu ataupun minyak angin yang akan mengakibatkan pedih di mata. Para ibu jangan panik, bawa anak kita ke dalam bilik air dan jiruskan air ke dua dua kakinya sehingga kena dengan jari kaki anak itu. Cubalah, kepedihan pasti akan terus hilang.


Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemur sampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan


Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung seperti sebelum kita ber wuduk. Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.


Usaha mengelakkan anak kena deman kuning juandis
Semasa kandungan masuk usia 7 bulan, amalkan minum susu kambing sehingga anak lahir.. InsyaAllah dengan izin tuhan anak tidak mengidap demam kuning.


ANAK PINTAR DAN CERDIK
SETIAP PAGI AMALKAN MEMBERI ANAK MAKAN 3 BIJI KISMIS DAN SELAWAT SEBANYAK 3 KALI KEMUDIAN LINYEK-LENYEKKAN KISMIS TADI, SEKIRANYA ANAK BAWAH DARI UMUR 1 TAHUN. INSYALLAH JIKA DIAMALKAN ANAK ANDA PASTI CERDIK & PINTAR. SELAMAT MENCUBA.


Dapat zuriat
Untuk pasangan suami isteri yang masih lagi belum mendapat cahaya mata yang ditunggu selama ini, cubalah makan sup daging, sup ayam atau sup kambing. Seminggu 3 kali diamalkan. Cubalah. Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan mencuba petua ini akhirnya saya dikurniakan anak lelaki yang sekarang dah pun genap setahun umurnya. Selamat Mencuba.


HILANGKAN JAUNDIS PADA BAYI BARU LAHIR
Rebus daun belimbing buluh dan sedikit daun inai. Mandikan bayi dengan air rebusan tersebut. Usaha dan tawakal, InsyAllah. Selamat Mencuba


RUAM SUSU (KESAN MERAH DI PIPI BAYI AKIBAT TERKENA SUSU BADAN)
Bagi bayi yang mengalami ruam susu, iaitu pipi mereka kemerahan dan kasar disebabkan terkena air susu badan ketika menyusu cara ini boleh membantu. Mula-mula ambil sehelai dua daun sirih muda (pucuknya), ramas dengan sedikit air, kemudian tumbuk ibu kunyit dan cmpur bersama daun sirih muda yg diramas tadi. Masukkan bedak sejuk sekali dan sapu ke pipi bayi selepas mandi. Insyaallah kesan kasar dan merah tadi akan cepat berkurangan dlm 2 hari saja ia akan hilang.


Daun Betik Rawat Kejang Perut

Bagi meraka yang kerap mengalami kejang perut, tumbuk halus daun betik. Perah untuk mendapatkan airnya. Minum air perahan tersebut untuk menghilangkan kejang perut. Cara ini juga menambahkan selera makan.


Melebatkan rambut bayi selepas bercukur
Sapukan minyak zaitun ke kepala bayi setiap kali selepas mandi. Anda akan dapat melihat perubahan selepas dua bulan dicukur. Selamat mencuba.

Melegakan kekejangan dan ketegangan
Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, turut membantu anda menurunkan suhu badan.


Sekian terima kasih.....

2 ulasan:

  1. Salam, syor cuba krim ini yg bukan berasaskan bahan kimia..tk.

    Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk ruam lampin. Disapu terasa sejuk saja, hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia disapu ke bahagian ruam secara nipis saja seperti pakai bedak sejuk. Sangat bagus terutama selepas mandikan budak. Ia dapat percepat menghilangkan ruam dan menghindar dari ruam baru terjadi.

    Untuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, sabun Mutiara Bumi telah dihasilkan juga. Ianya tidak berasaskan kimia, dan ia lembut untuk kulit yang sensitif. Sila lawat krimmutiarabumi.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

    Cubalah satu dan baik simpan 1 di rumah untuk rawatan ruam lampin dan sakit2 kulit yang lain sebagai rawatan awal. Untuk pesanan sila hubungi..Hj Man 0134389413..T kaseh

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas informasinya :)

    ReplyDelete