Monday, April 7, 2008



GIANT TIDAK PRIHATIN ADUAN PENGGUNA!

Kronologi aduan lempuk tamat tarikh luput adalah seperti berikut :

11/3/08-Beli barangan dapur termasuk lempok durian dari Giant Seksyen 13 Shah Alam.

13/3/08-Menyedari lempok tersebut tamat tempoh (5/10/07)

14/3/08-membuat aduan kepada En. Razif (Manager On Duty) dan disaksikan oleh En Zamri (Kakitangan Stor). En Razif berjanji pada 18/3/08, saya akan dihubungi oleh kakitangan Giant. Lempok disimpan oleh Giant untuk bahan rujukan.

19/3/08-Membuat aduan kedua kepada En.Zamri dan disaksikan oleh Jimmy dan En. Zaini Maulan. En Zamri memohon agar saya memberi masa kepada pihak Giant untuk memeriksa stok dan rekod mereka. Ga di Pengadu bersetuju dan memberi masa kepada pihak mereka sehingga 24/3/08 sebelum 1.00 tgh.

24/3/08-Membuat aduan kali ketiga di Giant. Encik Zamri Maulan ( Corporate Affair Giant) hanya menelefon saya dan memaklumkan pengadu perlu membuat aduan rasmi bertulis untuk meminta gantirugi.

2/4/08-Oleh kerana tidak berpuas hati dengan layanan sambil lewa pihak Giant, pengadu membuat ‘kecoh’ di ruangan perkhidmatan pelanggan. Barulah, Pn Jennifer ( Corporate Affair & Event Manager) dan En M Yau (Loss Prevention Manager) datang sendiri bertemu dengan pengadu. Pengadu diberi baucer RM 200 sebagai token (bukan gantirugi) di atas kepayahan mengorbankan masa, tenaga dan wang riggit.
sumber http://www.muslimconsumer.org.my



0 ulasan:

Post a Comment