Tuesday, April 8, 2008

Salam,

Terima kasih atas simpati Puan/Cik tersebut.
Memang tidak dapat kita nafikan tiada seorang pun guru yg terpaksa berpisah dgn suami (lebih2 lagi anak2) dan tidak berada dalam satu situasi emosi yg pilu dan sayu.
Berat mata anda memandang berat lagi bahunya memikul.

Setelah menerima tawaran sbg seorang pendidik/guru kita pasti akan utamakan pendidikan anak-anak generasi kita. Lebih2 lagi kita yg mengajar ilmu al-Quran yg mulia ini.

Cadangan yg diberikan oleh 'suzana_6067@ yahoo.com. my' memang bertepatan.

Kita semua perlu sedari masalah utama kita bukanlah dari sukarnya kita untuk mendapat tempat pindah ini. Jika kita melihat ini sbg satu masalah utama sudah tentu jawapannya amat sukar dan terlalu lama untuk selesai. Makin ramai dikalangan kita yg merayu, berusaha dan ada juga yg telah putus asa. Namun masalah masih belum lagi selesai. Tanggungjawab guru kpd murid dan sekolah terlaksana tetapi hati terus pilu mengenangkan nasib anak-anak yg jauh serta tanggungjawab isteri yg tidak dapat dilaksanakan.

Kita jgn lagi melihat kpd masalah (iaitu tak dapat pasangan tukar suka sama suka) tetapi mari kita lihat kpd isu utama iaitu polisi Kementerian dan JAPIM.

Tujuannya bukanlah untuk melanggar perjanjian tetapi sbg satu usaha kepada hasil menang-menang.

Isunya ialah polisi JAPIM itu sendiri yg tersenarai dlm email sblum ini, dgn syarat2nya yg begitu ketat dan tidak memungkinkan pertukaran itu berlaku dgn mudah (dan ada yg mengatakan ia adalah alasan larangan yg berlapik).
Di sudut mata pihak penggubal polisi ini (JAPIM dan Kementerian) pastinya melihat amat penting utk setiap guru tetap di satu2 sekolah sehingga terlaksana semua misi dan kurikulum. Ini merupakan satu keputusan yg melihat kpd OUTPUT/HASIL. Apa yg sy sarankan ialah melihat kpd isu PROSES pelaksanaan jQAF ini.

Jika mengikut 'suzana_6067@ yahoo.com. my' masalah pertukaran guru jQaf ini sudah parah dan kenyataan ini bukan daripada beliau seorang tetapi ribuan lagi. Jika kita teliti email2 yg terkandung di dalam mailing list ini hampir semuanya ingin bertukar mengikut suami & anak2.
Sudah terang lagi bersuluh maka sudah sampai masanya pihak pengurusan jQAF membuat review kpd PROSES pelaksanaan jQAF itu sendiri.

Dalam semakan PROSES pihak JAPIM membuat semakan kurikulum jQAF bagi memastikan subjek yg diajar itu terus relevan dan ditahap yg tepat. Namun diharapkan semakan kepada pelaksana proses atau provider/guru sistem pembelajaran & pengajaran ini juga teramat penting.
Siapa di dalam dunia ini yg berani nafikan kepentingan guru dalam proses pengajaran?

Terima kasih kpd pihak kementerian krn memberi pelbagai kemudahan elaun, kuarters dsb. kpd guru2 tetapi perlu diingatkan faktor kekeluargaan juga amat penting.
Dgn emosi guru yg sihat dan lengkap disamping suami/isteri & anak2 pasti akan menghasilkan lebih keberkesanan pengajaran di dalam kelas.
Seorang guru yg terganggu emosi kerana rindu, sayu kpd anaknya serta suami/isteri sudah tentu tidak dapat membei fokus 100% kpd murid2nya. Apa yg ditakutkan ialah apabila emosi guru ini menjadi lesu atau 'burnout'.. bnyk kajian yg menerangkan guru yg telah 'burnout' berkecenderungan tinggi untuk membuat tindakan yg aggresif atau bersifat negatif.

Faedah bertugas berhampiran dgn anak2 dan pasangan ini amat banyak. Selain membantu dari segi pembangunan emosi dgn pertukaran berhampiran suami/isteri & anak2 ini akan dapat menjimatkan kos kpd guru2. Kos pengangkutan, telefon dan yg paling penting keselamatan guru tersebut. Keselamatan dari segi kurangnya kekerapan perjalanan jarak jauh (kemalangan) dan risiko tinggal ditempat lain tanpa muhrim.

Terlalu bnyk lagi faktor positif yg dapat dipertingkatkan melalui perubahan polisi JAPIM dalam isu pertukaran ini. Sy mencadangkan satu tindakan segera perlu dibuat oleh pihak JAPIM dalam menyelesaikan masalah ini bagi meningkatkan lagi semangat cintakan pendidikan di kalangan guru2. Sy harap masalah seperti membekukan pertukaran bukanlah satu idea yg baik, ia seperti menambah cuka di atas luka.. biarlah spt kita menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak terurai. Sy juga berharap agar guru2 yg membaca nukilan ini dapat menyatakan pandangan dan menghasilkan satu tindakan yg menang-menang antara guru dan pihak JAPIM/Kementerian.

Wassalam.




suzana saipudin wrote:

Salam....

Saya amat simpati kepada mereka yang nak bertukar sek tp tak dpt... bersabar ye bagi mereka-mereka yang belum dapat bertukar.... Saya rasa JAPIM perlu mengambil satu inisiatif lain memandangkan masalah pertukaran guru jqaf amat parah. Saya rasa segala syarat2 tersebut hendaklah dimansuhkan memandangkan kemudharatan itu lebih byk drp kebaikan. Cadangan saya....

1) Pihak JAPIM hendaklah mengutamakan kekosongan guru jqaf setiap tahun di setiap sekolah dengan mana-mana guru jqaf yang hendak bertukar...

2) sesudah itu barulah guru jqaf baru di postingkan ke mana-mana sekolah2... Secara tak langsung masalah guru jqaf yang hendak berpindah ke sekolah lain dapat di atasi...

3) Beri keutamaan kpd isteri yg hendak mengikuti suami ttpi bukan suami ikut isteri.

4) Guru jqaf yg terikat dgn maktab tdk boleh bertukar. (kita dulu pun mcm tu juga. Baru adil)


Sesiapa yang berminat dengan cadangan saya bolehlah dikemukakan kepada pihak JAPIM. Mudah-mudahan tahun 2009 dapat le mana-mana guru jqaf yang nk berpindah ke destinasi masing2.

ani klate wrote:

saya pun setuju... syarat tu dalam mksud lainnya tak bagi tukr le...
brpa org je yg nk ke sabah atau srwak dr smnnjung...cuba phk pgurusan pkir lah mslah kami ni..

adnan_eog wrote:

Syarat yang dikenakan oleh pihak JAPIM:-

i) Pertukaran hendaklah suka sama suka
ii) Pertukaran hendaklah melebihi 3 tahun berkhidmat di sekolah yang
sama (mengikut syarat perjanjian)( sebenarnya 3 + 1 1/2 tahun = 4
1/2 tahun @ 5 thn)- itu baru syarat utk memohon pertukaran, dan
belum tentu dapat)
iii)Pertukaran hendaklah dari batch yang sama
iv) Pertukaran hendaklah dari Opsyen yang sama...

Walau pun disertai dgn segala surat sokongan (ikut suami/ isteri,
ibu bapa uzur dll) tidak akan dibaca pun... (minta maaf cakaplah)

so, kalau yang dari batch 2005, tentulah akan berpencen di Sabah/
Sarawak la jawabnya... kerana, berapa ramaikah yang berasal dari
Sabah/ Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung or dgn kata lain yang
ingin pulang ke kg halaman? Cuba dapatkan statistik dr JAPIM... yg
paling ramai batch 2005 adalah dari Kelantan, Kedah dan
Terengganu.. . yg dari Sabah/ Sarawak awal- awal lagi sudah dapat
posting di Sabah/ Sarawak...

Siapa yg hendak bertukar ke Sabah/ Sarawak dr Semenanjung? Yg paling
ramai kelihatannya. .. semua kalau boleh hendak bertugas di sekolah
sebelah rumah sahaja... pertukaran hanyalah di kalangan guru- guru
yang berkhidmat di Semenanjung sahaja.

So, lebih baik dicadangkan kepada JAPIM, semua pertukaran DIBEKUKAN,
barulah keadilan utk semua pihak.

2 ulasan:

  1. saya guru smk biasa dah 4 tahun mengajar pun tak dapat tukar.pengetua tak luluskan walaupun sy bertukar atas sebab mengikut suami. yg peliknyer ada guru yang tukar sebab nak dekat umah drive 10 minit aje boleh plak lepas.

    ReplyDelete
  2. sian la kpd guru2..ada yg lama berkhidmat pun xdpt pindah..habis duit duk ulang alik naik flight, bas n keperluan bertambah bila terpisah...kerajaan jgn kejam kpd guru..sian..ada pasangan yg tak tahan berjauhan main rambang mata dgn org lain...hrp permudahkan..mg malaysia menjadi negara aman dan xberlaku masalah perceraian kritikal...punca xdpt pindah ni byk kesan negatif kpd org kawin..

    ReplyDelete