Sunday, May 8, 2011

Tips Mudah Tidur

Anda sukar untuk tidur akibat daripada stress mahupun insomnia? Masih sukar tidur juga walaupun sudah cuba minum air susu hangat serta mematikan lampu bilik kamar? Elakkan daripada terlalu bergantung kepada ubat tidur. Bagi yang masih terasa sukar untuk tidur , ikutilah lima langkah di bawah yang boleh anda cuba amalkan.

  • Kepalkan Jari Kaki- Cuba kepalkan jari kaki dan hitung sehingga bilangan ketujuh dan ulangi sehingga anda berasa selesa dan ingin tidur.
  • Kemaskan Tempat Tidur - Tempat tidur yang berselerak akan membuatkan fikiran menjadi berserabut. Apa kata anda kemaskan tempat tidur anda pada wakt pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, Jikalau tidak sempat, maka kemaskan sebelum anda masuk tidur.
  • Suhu Bilik Yang sesuai - Pastikan suhu bilik yang sesuai untuk anda tidur, kerana suhu ang sesuai membantu anda tidur dengan rileks.
  • Matikan Alat Komunikasi- Satu lagi punca yang mengganggu tidur anda ialah alat-alat elektronik seperti televisyen,ipad,laptop dan juga Telefon.Cuba matikan semua alat-alat elektronik tadi sebelum anda tidur.
  • Doa Sebelum Tidur- anda boleh rujuk disini.
Semoga dengan semua tips mudah tidur yang saya berikan tadi anda dapat amalkan san semoga anda dapat tidur dengan lebih lena.

0 ulasan:

Post a Comment