Tuesday, July 12, 2011

Mendidik, menggalakkan dan memberi kepercayaan kepada anak untuk bijak berbelanja sejak kecil akan menanamkan tabiat kewangan yang baik.Untuk memulakan anak anda mengenal tanggungjawab kewangan , ada lima panduan mudah iaitu:-

  1. Berikan Mereka Wang saku - memberi wang saku boleh membantu membina keupayaan anak merancang perbelanjaan.
  2. Tentukan Matlamat yang realistik- Berbincanglah dengan anak anda mengenai matlamat mereka kerana itulah kunci kejayaan dalam menabung.
  3. Didiklah mereka mengenai nilai pelaburan - Memulakan tabiat menabung sejak dari kecil merupakan kunci kepada perancangan kewangan yang berjaya.Jika boleh setiap kali anda menyimpan duit di bank, bawalah anak2 anda sekali bukalah akaun amanah buat mereka.
  4. Simpan Rekod kewangan yang baik.- Galakkan anak-anak anda menyimpan resit pembelian apa-apa barang yang dibeli, supaya mereka boleh menjejaki apa yang di beli.
  5. Tunjukkan Contoh yang baik - Sebagai ibu bapa, tunjukkanlah contoh yang baik melalui pengurusan kewangan anda sendiri yang baik dan bijak.
Sekian Semoga panduan ini bermanfaat

0 ulasan:

Post a Comment