Sunday, July 22, 2012



Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSIS?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :

Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.

Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.

Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.




Antara sebab-sebab migraine adalah:

alahan kepada sesuatu

cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu

tekanan fizikal atau emosi

perubahan dalam waktu tidur

merokok atau terhidu asap rokok

tak makan

alkohol

haid

makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)

pening kepala

makanan lain seperti chocolate

cuaca

Petua untuk menghilang penyakit migraine:

Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi ATAS kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

 

4 ulasan:

  1. Petua tu mcm karut pon ada, pakai selawat pulak tu utk mengelirukan & bawah kaki!

    ReplyDelete
  2. petua x leh pakai ni.. ade ke pegi pijak makanan.. rezeki tu..

    ReplyDelete
  3. sy rasa petua ni mcm meransang saraf2 bwh kaki kot.secara x langsung sampai ke kepala.. sy rasa laaa..kalau rasa xnak pakai biji2 makanan apa kata pakai cuba berjalan atas batu2 yg kt taman utk refleksologi ke ape tah..tak pun beli je selipar tu...mcm sama je fungsi nye

    ReplyDelete
  4. petua minx makan kaki ke apa nii ?

    ReplyDelete