Sunday, January 13, 2008

Assalamualaikum Wbkt
Bismillahhirrahmannirrahim...
Sebelum aku memulakan kisahku ini,bersyukur aku kehadrat ilahi, kerna di kurniakan nikmat kesihatan yang ku kecapi hingga ke hari ini..alhamdullilah aku dapat menunaikan taggungjawab aku sebagai khalifah dimuka bumimu ini dengan tenang walaupun dugaan demi dugaan yang datang silih berganti..namun aku tetap tabah dengan ketentuanmu ya Allah..Tahun ini genaplah 3 tahun aku berjauhan dengan isteri dan anak-anak tercinta,mulanya berdua..kini dah berempat..ni semua disebabkan oleh kerja aku ini terikat dengan perjanjian "TIDAK BOLEH TUKAR SELAGI TAK CUKUP 3 TAHUN" Aduh..seksanya menanggung perpisahan ini...aku bukannya tidak berusaha,untuk minta tukar..tapi keadaan tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian..semasa di maktab perguruan lagi aku dah berusaha untuk tukar dekat dengan tempat kerja isteriku..tapi tidak dilayan oleh pihak atasan dengan berbagai-bagai alasan dan ugutan...sehinggakan aku dah naik muak dengan ugutan dan alasan mereka yang "berkuasa".Pada tahun berikutnya aku cuba lagi untuk mintak tukar...kali ini aku mulakan dengan minta tandatangan guru besar pada borang tukar,pada mulanya beliau,enggan tandatangani borang tersebut..tapi setelah dipujuk..maka beliau pun sainlah..dengan syarat pihak sekolah akan hantar sendiri borang tersebut..tungu punya tunggu..tak dengar sebarang berita tentang pertukaran..yang aku pohon tu..aku konfius,samada beliau hantar atau tidak borang aku itu,atau mungkin juga tersangkut di PPD,berserabut otak aku memikirkanya..tup-tup, dalam mesyuarat guru,dia hentam aku,dia kata disebabkan dia sain borang aku tu dia telah ditegur oleh pihak JPNS..tak tahulah sejauhmana kebenarannya...Hanya Allah yang tahu..malu aku rasanya , dimalukan dalam mesyuarat..itu,tapi alhamdulillah aku masih boleh bersabar..Aku teruskan usaha ,untuk memohon tukar,kali ni aku nak pergi sendiri ke pejabat JPNS bahagian pendidikan islam,aku telah membuat apointment dengan ustaz Wan Yusof untuk jmpa dia, aku ingat lagi,aku buat apointment untuk jumpa dia pada hari jumaat.selepas habis aja waktu persekolahan aku terus pulang dan solat jumaat di perjalanan..selepas solat jumaat,aku terus ke pejabat isteriku,untuk bawannya bersama..sebelum pergi kesana, aku telah telefon ustaz wan,menyatakan aku dalam perjalanan...tapi dengan selambanya dia cakap dia ada mesyuarat,dia suruh aku datang jugak..sesampainya aku disana..aku tunggu dia habis mesyuarat..dari jam 3.00 petang hinggalah 5.30 petang aku tunggu..tapi muka ustaz tu tak muncul2,yang munculnya orang lain..iaitu Ust. Kamaruddin (bahagian pertukaran) belum habis aku bercakap tentang permohonan pertukaran lagi dia dah "HALAU" aku dan isteri keluar,macam2 alasan dia bagi..hinggakan isteriku menangis kat situ,tanpa buang masa, aku dan isteri terus keluar dan balik..Semoga Allah membalas segala apa yang dia lakukan kepada aku dan isteri..itulah doaku..inilah tahun ketiga aku berulang-alik dari Sungai Besar sabak bernam ke puchong , seawal 4.30 pagi aku turun dari rumah,sampai di sekolah dalam jam 7.15 pagi,kadang-kadang bila mata mengantuk,aku berhenti tidur di tepi jalan sekejap.sudah banyak kali aku hampir terbabas disebabkan mengantuk,tapi syukur..Allah masih sayangkan aku...Akhir sekali, beruntunglah kepada orang yang boleh selalu berada disamping anak dan isteri...dan doakanlah agar tahun ini aku dapat tukar...Wassalam

1 ulasan:

  1. Kepada penulis KISAHKU, kita adalah serupa. tapi skg ni aku dari sabak bernam berulang ke shah alam. Jika berminat, sila hubungi 019-3875568 atau 012-6752259. Kita buat penukaran suka sama suka. Aku berminat nak cari org untuk tukar ke sabak bernam. Kalau berminat call yerk atau email bidiey@celcom.net.my

    ReplyDelete