Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud.Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil
masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-
biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.
Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru
rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif.Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit
santau.Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.
Apa dia santau? Aku sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat
bisa.Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus
daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus.Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita
lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang.
Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan
sebagainya?Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan
rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak
memuaskan hati?Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.
Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia... Aku bawakan cerita tentang santau ni bukannya apa,sebenarnya aku nak ceritakan perihal kawanku ni, nama dia zulkifli, pada hari khamis lepas, dia telah
menelefon aku,supaya mengambilnya di pekan IJOK, kerana dia tak boleh drive kerana sesak nafas,tapi masa tu aku ada di puchong,so aku call kawan aku sorang
lagi yang tinggal d Bestari Jaya(Batang Berjuntai) supaya mengambilnya.Pada hari ahad seperti biasa, aku bertolak ke Sungai besar jam 3.00 petang,sesampai
aja aku di sungai besar, aku singgah jenguk kawan aku tu, keadaan dia masi tak berubah, aku nasihatkan dia supaya pergi klinik,setelah di bawa
kekelinik,penyakit dia tak berubah jugak,pada malam tu aku bawakan dia kerumah kenalan aku,yang juga bomoh kat sini,setelah di periksa, bomoh tu cakap kawan
aku ni telah kena "SANTAU" . Santau ni di lepaskan melalui angin,kebetulan kawan aku ni makan dekat kedai makan tu,so kenalah...tapi nasib dia baik kerana
tak kena tepat pada dia, kalau tepat....mungkin dah Innalillah..Sekarang ni alhamdulillah kawan aku dah beransur sehat.Mengikut kata orang-orang disini,
biasanya pada bulan MUHARAM ni orang kat sini tak keluar makan di kedai-kedai makan/restoran2,kerana bimbang kalau2 di "SANTAU"kerana biasanya orang2 yang
mengamalkan ilmu ni melepaskannya pada bulan inilah...so hati-hatilah.
Moral Of the Story : Hati-hati bila makan di kedai makan....selalu amalkan bacaan yang boleh menghindar Santau itu.
Wallahu'alam..
Tuesday, January 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment