Salamz..
entry aku kali ni berkaitan dengan penentuan arah kiblat bagi yang bermusafir..tanpa membawa kompas..Terdapat beberapa kaedah bagi menetukan arah kiblat seperti berpandukan arah matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat penting untuk dipelajari kerana mungkin pada suatu masa nanti kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah belantara semasa camping, atau pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat?
Kaedah 1:
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk buruj Belantik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah 2:
Dengan memandang kearah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . inilah satu satunya bintang paling tepat kea rah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, kiblat boleh di cari tetapi memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah 3:
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam adalah pada sebelah barat. Sebelah barat adalah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh di jadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Kaedah 4:
Dengan menggunakan posisi tergelincir matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun, kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak menuju ke titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinoik. Tergelincir ataupun zawal matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan bayang objek mejadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat. Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16.16 tengahari waktu di Makkah bersamaan dengan 5.16 petang waktu Malaysia. Pacakan sebatang tiang di kawasan lapang untuk menetukan arah kiblat. Tepat jam 5.16 petang baying matahari yang jatuh itu itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya berada di sebelah timur, jadi arah kiblatnya ialah arah yang berlawanan dari arah timur (barat)
Di Petik dari Blog www.zahazanmohamed.blogspot.com
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment