Sunday, October 4, 2009

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia
dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas
mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U
swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x
dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan
nya.. ‘


Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti
sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana...
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang
lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik
berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..


Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U
itu.........dengan niat utk memisahkan mereka.


Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke
rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana
menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.


Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ....... Mereka berdua
bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa
mereka......


Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau
Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana
mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan
kesan yang amat menakutkan.. ....


Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman
berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang
wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.


Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi
merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah
memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu
mertuanya.


Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat
perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap
menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan
ibunya.


Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup
mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu
menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan
identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor
tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.


............. .......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit
punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini
terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium
berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk
reaksi ibu mertua

Sumber: Email

0 ulasan:

Post a Comment