Sunday, October 4, 2009

Resepi Yong Tau Foo

Yong Tau Foo
Yong Tau Foo


Nih aku bagi resepi utk Sos & Sup Yong Tau Foo je. Bahan² lain , macam fishcake, fishball, kangkung, etc.. etc.. tuh korang leh sedia ikut citarasa memasing.

SUP YONG TAU FOO
3 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 camb stok pekat ayam
2 cm halia, diketuk
5 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 camt gula pasir

Cara-cara:
Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup.


SOS YONG TAU FOO
560ml air
1 kiub stok bilis
1 camb kicap pekat/hitam
2 camb sos kacang hitam
1 camb sos hoisin
2 camb gula pasir
1/8 camt serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 camb air, dicampur 1½ camt tepung jagung

Cara-cara:
Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.




SOS CILI YONG TAU FOO
8 biji cili merah, dibuang biji
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
garam secukupnya

Cara-cara:
Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...