Al-Fatihah buat allahyarhamah nendaku, selamah bt yusof..yang pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada pagi ahad 8 Rabiul Awal 1429H kerana sakit tua. Allahyarhamah meninggal disisi bondaku di Hospital Kota Baharu ..Pemergian beliau dengan tenang..mengikut cerita bondaku...pemergian nendaku ini di tangisi oleh doktor yang merawatnya...kerana belum pernah lagi dia melihat insan yang setenang ini menghadapi saat-saat akhir kematian...allahyarhamah pergi dengan mengucap dua kalimah syahadah dan dengan di selangi ucapan kalimah Allah..Allah...Allah..dan terus memejamkan mata buat selama-lamanya... sedih hati ini bila mendengar cerita dari bondaku...Alhamdulillah..nendaku di semadikan di sebelah Allahyarham suaminya..yang meninggal pada bulan lepas...
Baru-baru ni setelah kematian atukku, sempat aku berbual dengan arwah nendaku...dia ada berkata..seminggu sebelum kematian atukku..dia ada nampak 2 lelaki yang tinggi lampai berjubah dan berserban..berdiri dekat muka pintu rumahnya..lalu dia bertanya.."kamu datang ni nak ambil dua-dua sekali (nyawa) ke? dia lihat lelaki itu senyum...pastu hilang begitu sahaja...begitulah ceritanya...
insyallah hari khamis ni aku akan pulang ke Kampung untuk menziarahi pusara nendaku...serta nak buat kenduri sikit sempena 40 hari atukku nak ngatib sikit...
p/s: tergiang-ngiang lagi di telinga aku..sebelum aku berangkat ke KL nendaku ada bertanya..adakah aku balik pada cuti Maulud Nabi ni..dia cadang nak buat kenduri..aku kata x boleh janji lagi..cz cuti hanya sehari aje..
*Al-Fatihah buat Atukku...dan juga nendaku...aku berdoa agar mereka semua ditempatkan oleh Allah bersama mereka-mereka yang beriman Amin....
0 ulasan:
Post a Comment