Salamz...Malam tadi mimpi nak makan nasi arab(tak tau la my Cayang boleh buat ke tidak hihi)...teringat masa2 dulu.. masakan ini adalah menjadi favourite saya..masa kat oversea n over river ..hehe..masa luang ni saya surv kat tenet..so jumpe la resepi ni..hampir-hampir dah tu dengan cara masakan yang saya suke...so..kalau ada sape2 yang bekenan dengan resepi ni cepat-cepatlah salin...n balik masak..gerenti cik abe suke(agaknye la)
Nasi Arab Dua Warna
Bahan-Bahan:
6 cawan beras arab atau basmati
6 cawan air atau susu
6 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam - secukup rasa
Cara:
Panaskan periuk tuang minyak masukan 2 cawan beras. Goreng sehingga beras menjadi garing dan berwarna perang.
Masukan kesemua beras yang berbaki dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng.
Masukkan garam ratakan beras tekan dengan senduk agar beras menjadi mampat, Masukan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana setelah air kering kacau dan tutup periuk,
Kecilkan api tunggu sehingga masak.
Tambahan:
Boleh dimakan dengan ayam panggang atau lebih sedap dengan khudhar dan salatah( sayuran campur macam acar gitu)
P/S: kalau dah cuba resepi ni ..sila bagi komen yer..hihi
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amboi cik abe ni....cam perli bini jek..hehehe
ReplyDeletesedap weh
ReplyDeleteamacam..sedap x ns arab tu??
ReplyDeletenk try gak la. hr tu mkn ms knduri dpn umah sedap. nk mkn byk malu lak, he he he..
ReplyDelete