Sunday, May 17, 2009


Bila murid duduk...cikgu berdiri,
Bila murid di seligi..
Cikgu pula kena gari...
Murid datang naik BMW 7 siri..
Cikgu datang naik motor buruk Roadtax pun dah mati...
Namun begitu ,di dunia cikgu berbakti
Moga di akhirat tempat kita syurga kekal abadi...




Jarang orang sebut,ini anak murid guru...
Tapi orang akan sebut ini anak muri cikgu!,
Di sekolah murid akan ucap selamat pagi cikgu!
Di luar masyarakat menyebut cikgu...
Kesian cikgu...
Bila sambutan , di sebut Selamat Hari Guru...
Tahu tak mengapa?
Sebab di atas kita ada guru Besar... tulah harinya...





Dalam ajarnya ada harapan...
Dalam tegurnya ada doa...
Dalam marahnya ada sayang...
Dalam tawa ada mesranya....
Dalam diam ada bijaksana..
Dalam tangannya kita terbina...
Berbahagialah menjadi Guru...

"SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009"

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"



0 ulasan:

Post a Comment