Assalamualaikum..Wbkt, dalam entry saya kali ini, saya akan jelaskan tentang persoalan yang selalu di tanya, ustaz, kalau kita buat aqiqah/Qurban, daging tu boleh ke kita bagi orang bukan islam makan?....
Ok, jawapannya begini...: Pendapat yang tepat ialah selagi mana seseorang kafir itu tidak memerangi Islam maka boleh diberikan kepada mereka daging Qurban atau akikah kerana tiada dalil yang melarang perkara ini. Bahkan kita digalakkan berbuat baik kepada mereka dengan harapan mereka tertarik kepada Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah: 8-9: (maksudnya) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
sekian wassalam.
sumber:Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment