Wednesday, March 9, 2011

Kaedah iqra ini juga tidak terlepas dari beberapa kelemahan atau kekurangan. Kelemahan dalam kaedah ini wujud hasil daripada pengunaan yang meluas kaedah ini pada abab ini. Kelemahan yang dapat dicunkil dalam kaedah Iqra’ antaranya ialah:

1. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran mengikut kaedah Iqra’.

2. Tidak ada kursus intesif yang berterusan kepada guru

3. Bilangan murid yang ramai dalam bilik darjah

4. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar

kaedah ini (terutama kepada pelajar yang lemah).

5. Perbezaan cara pengajaran Al-Quran di rumah dan sekolah.


6. Tidak buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan

7. Kurang aktiviti sampingan dan pengajaran al-Quran

8. Tidak pengawasan pihak tertentu terhadap buku-buku yang diedar di sekolah

9. Naskah buku iqra’ yang digunakan tidak mempunyai tarikkan yang dapat menarik perhatian murid seperti warna dan lain-lain.

10. Perbezaan tahap di kalangan pelajar atau latar belakang pelajar murid yang berbeza.

11. Tidak sempat untuk melakukan ulangan pelajaran

12. Perlu perhatian yang lebih kepada pelajar yang lemah

13. Kemahiran perlu diteruskan setiap masa

14. Murid dapat hafal tapi dari segi hafalan sahaja

15. Sebut huruf tunggal tidak betul

16. Buku iqra’5 dan 6 ayat-ayat al-quran di tulis bercampur-campur susah bagi pelajar untuk hafal surah yang pendek.

17. Susah dikuasai oleh pelajar yang lemah

18. Ianya mudah dan cepat tapi bukan untuk pelajar yang lemah

Bagi mengatasi kelemahan dan menampung kekurangan tersebut, telah
dikemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi mutu kaedah iqra’. Cadangan
yang dapat dikemukakan ialah:

1. Menganjurkan kursus-kursus mengenai teknik mengajar al-Quran mengikut kaedah iqra’ kepada guru-guru dan menganjurkan seminar tahunan diperingkat negeri dan menjemput para guru dan ibu bapa sebagai peserta.

2. Menerbitkan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah
iqra’ dan diedarkan kepada semua guru di seluruh negara.

3. Perlu digabungjalin dengan kaedah lama, iqra’ diteruskan mengikut kesesuaian
tetapi kaedah baghdadiah tetap dijalankan

4. Mengalakkan ibu bapa supaya tidak mengunakan kaedah lain dalam mengajar al- Quran di rumah selain daripada kaedah iqra’ yang digunakan di sekolah dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku kepada anak-anak sekiranya berlaku demikian.

5. Guru yang mengajar perlu ikhlas dan mempunyai sifat kasih sayang dan amanah ilmu.

6. Guru perlu memperbanyakan alat bantu mengajar (ABM)

7. Mempelbagaikan cara mengajar dengan mengunakan teknik terkini seperti pengunaan komputer, multimedia dan sebagainya.

8. Perlu dikemaskini terutama potongan ayat yang dikeluarkan


Wallahu a'lam


sumber ruj: www.scribd.com/doc/12863863/Kaedah-Iqra

0 ulasan:

Post a Comment