Wednesday, March 23, 2011

Menurunkan berat badan seringkali dikaitkan dengan diet serta aktiviti fizikal. Namun sedar atau tidak, anda sebenarnya boleh menurunkan berat badan dengan beberapa teknik yang mudah, anpa perlu mengamalkan regim diet yang memberatkan, seperti makan dengan perlahan dan sebagainya. Berikut saya senaraikan beberapa panduan yang boleh anda cuba:-




  1. Ukur waktu atau tempoh anda makan.- peruntukkan masa 20 minit untuk sekali anda makan. Cuba makan dengan perlahan.
  2. Tambah Jam Tidur - Sila tambahkan 1 jam sehari waktu tidur anda.
  3. Banyakkan Makan Sayuran dan Buah-buahan- Sayur dan buah adalah bahan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan amat baik untuk diet anda.
  4. Sup Sebagai pembuka Selera - Sebaik baiknya jadikan sup sebagai menu makanan harian anda, Jauhi sup-sup berkrim yang tinggi lemak dan kalorinya.
  5. Pilih Bijirin penuh - Saya syorkan oat sebagai makanan tambahan anda.
  6. Pilih Pizza Sayur - Sebaik-baiknya bila makan pizza..pilih pizza sayur.
  7. Kurangkan Gula- Gantikan minuman bergula anda dengan meminum air putih, sebaik-baiknya air suam.
  8. Minum air menggunakan gelas yang Besar- ini adalah taktik psikologi untuk mempengaruhi minda anda supaya tidak makan dengan banyak.
Sekian Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua, dan semoga anda berjaya mengamalkan panduan langsing tanpa diet ini...

0 ulasan:

Post a Comment