Saturday, March 12, 2011

Entry kali ini berkisar kepada ada beberapa kemusykilan berkaitan dengan hukum bersalaman dengan ibu mertua, adakah perbuatan itu membatalkan wuduk? Ada yang mengatakan batal dan ada pula yang mengatakan tidak.

Okeylah, dalam persoalan ini, ibu mertua adalah mahram selama-lamanya disebabkan oleh pernikahan.

Ini bermaksud wanita yang haram dikahwini oleh seorang lelaki selama-lamanya walau apa jua keadaan sekali pun. Sekiranya bersentuhan antara kedua-duanya, hukumnya tidak batal wuduk disebabkan mereka berdua adalah mahram mua’bad (selama-lamanya).


Ia berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nisa’:24)

Demikianlah tadi hukum berkaitan dengan bersalaman dengan ibu mertua..moga-moga ia memberi penjelasan kepada anda semua, sekian.

Ezzedin Al-Qassam

0 ulasan:

Post a Comment