Dalam entry kali ini penulis nak berkongsi sedikit doa mudah bersalin , untuk para bakal-bakal ibu di luar sana di samping mengambil atau mengamalkan berbagai ubat-ubat untuk mudah bersalin, maklumlah sejak akhir-akhir ini, banyak sangat ubat-ubat tradisional di pasaran khusus buat bakal-bakal ibu di luar sana. ..Tapi anda semua jangan lupa perkara yang paling penting sekali yang WAJIB kita amalkan iaitu berdoa kepada yang Maha Esa (Allah S.W.T) Berikut adalah doanya:-
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Sekian ...
P/S: Jika Anda suka Doa ini..sila klik "Like"
0 ulasan:
Post a Comment