Soalan : Adakah harus kita menghentikan solat untuk menyahut pangilan ibubapa kita ? Bolehkah saya mengucapkan kepada mereka saya sedang bersolat?
Jawapan : Menurut pendapat jumhur (majoriti) ulama’ , seseorang yang sedang bersolat fardu tidak boleh menghentikan solatnya semata-mata menyahut pangilan ibubapa. Sekiranya ia bersolat sunat, maka hukumnya adalah harus untuk menghentikan solatnya. Ini berdasarkan hadis Juraij yang telah dipanggil oleh ibunya ketika ia bersolat. Walaubagaimana pun Imam Haramain berpendapat : Ia hendaklah menyahut seruan ibubapanya sekali pun ia sedang bersolat fardu dengan syarat ia masih mempunyai masa yang luas untuk menunaikan solatnya kemudiannya. Dan tidak boleh seseorang yang sedang bersolat mengucapkan ucapan “saya sedang bersolat”. Sekiranya ia mengucapkan ucapan tersebut, maka solatnya batal. Ini berdalilkan hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :”Sesungguhnya tidak boleh ada percakapan manusia di dalam solat. Ia adalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran”
Rujuk: Ahsanul Kalam Fi Fatawa Wal Ahkam , Syeikh Atiyah Saqar. Maktabah Taufikiah, Jilid 1, Mukasurat: 534-535.
P/S: (Slot soal jawab agama ini diterbitkan bersama artikel penulis(Ust Hasrizal B.Hassan) dalam Buletin Surau Ibnu Sina, Pusat Perubatan UKM, keluaran ke-32 pada Jumaat 15 April 2011 )
Tuesday, April 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment