Friday, April 29, 2011

Trio Dato "T" telah melafazkan sumpah Laknat di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul sebentar tadi. ini gambarnya..




Sumber berita Harian:-


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul sebentar tadi berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing
.

Upacara itu bermula pada jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.
Shazryl melafazkan sumpah laknat itu bagi pihak dua yang lain iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim yang turut hadir pada upacara itu.
Sebelum ini, pengerusi masjid itu mengumumkan upacara berkenaan dibatalkan berikutan kekecohan di ruang solat berikutan bantahan daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR)

0 ulasan:

Post a Comment