Monday, February 18, 2008




Ku Merintih, Aku Menangis,Ku Meratap,
Aku Mengharap,Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan...
Tetapi Ia Sebenar Kejadian ..
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan ...
Kini Aku Merasakan ...
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan ..
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata...
------------------------
Al-Fatihah buat Allahyarham Awang Teh Bin Yusof (tok Ayah) kerana telah kembali ke rahmatullah pada 7 safar 1429H pada jam 3.30 petang.

Ya Allah Ya tuhanku , Engkau tempatkanlah tok ayahku ditempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai. Ampunkan dia dan selamatkan dia. Wahai Tuhan Demi KeagunganMU Engkau terimalah doa ku ini. Amin.

Wahai Tuhanku, sekiranya ada pahala dari apa yang aku lakukan ini maka aku sedekahkan kepada kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang mereka, kepada mursyidku yang besar jasanya mendidikku supaya mencintaiMu dan kepada semua muslimin & muslimat samada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke pangkuan Mu.

Tok Ayah,Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...Amin...
Al-Fatihah untuk Tok Ayah yang tersayang.

0 ulasan:

Post a Comment