Tuesday, April 26, 2011

Was-was berasal daripada perkataan bahasa arab was-wasa yang bermaksud membisik jahat dan perkataan was-was pula bermaksud bisikan Syaitan atau apa-apa saja yang berlaku dalam diri manusia, amalan keji yang tiada kebaikan padanya.

Berikut beberapa tips atau kaedah bagi menghindar atau menangani penyakit was-was:-
  • Berikhtiar dengan sabar dan solat- satu formula dari Allah s.w.t dalam usaha memohon pertolongan darinya.
  • Memohon perlindungan daripada Hasutan Syaitan - dengan membaca "auzubillah..."
  • Seimbangkan perasaan Takut dan harap-  dengan kata lain seseorang itu mestilah menyeimbangkan perasaan taku( takut amalan tidak diterima Allah) dan Harap(mengharap segala amalan di terima Allah.)
  • Dalami Permasaalahan dengan bertanya kepada alim ulama serta cerdik pandai agama.
Sekiranya tips yang di berikan ini tidak berjaya, jangan risau..saya syorkan supaya berjumpa dengan kaunselor atau ahli psykologi kerana mungkin penyakit ini berpunca dari masaalah genetik ataumasaalah peribadi yang di hadapi dalam kehidupan. Bersabar dengan ujian tampa berputus asa malah redha dengan takdirnya amat di sukai Allah. Wassalam..

    2 ulasan: